Saturday 21 January 2017

Ujub dan riyak.

Assallamualaikum sahabat.yg dimuliakan Allah semoga Allah merahmati.dan meredhai sahabat semua.salam Asar.


Al-Habib Ali al-Jufri bertanya kepada gurunya Sayyidil Habib Umar ben Hafidz :
"Yang manakah lebih berbahaya.. Berbangga dengan sikap sendiri ataupun berbangga dengan fahaman sendiri?"

Jawab Sayyidil Habib Umar ben Hafidz : "Berbangga dgn fahaman sendiri.. Dengan berbangga dengan fahaman sendirilah syaitan menjadi murka oleh Allah SWT"..

Kata syaitan pada waktu itu;
"Aku ini lebih Mulia daripada manusia kerana aku diciptakan daripada Api sedangkan manusia itu diciptakan daripada tanah Bumi.."

Ujub' adalah satu perasaan dimana seseorang itu berasa bangga dan ajaib kepada diri sendiri, dan ini mampu membuatkan mereka lalai dan lebih jauh daripada Taufiq Allah SWT...

Imam Al-Ghazali Rahimahullah berkata bahawasanya perasaan ujub ini jauh lebih bahaya daripada perasaan Riya'..

Moga Allah SWT memelihara kita dari sifat yg sedemikian...💚

No comments:

Post a Comment